25 Februari 2009

Refresh

adik beradik kena selalu freshkan ikatan kekeluargaan
Zaiee yang fresh selalu
Malas gak nak update nie...sambil menunggu madam masak buka laptop ....malas lagi.................nampak button refresh di bahagian desktop. Klik kanan mouse, akan keluar satu command box. Klik refresh supaya komputer jadi sedikit ’segar’. Kekadang ada orang tuuu.... refresh sampai 10 kali. Asyik merefresh aje kerjanya. Aku pun rasa kena camtu. Kena refresh diri selalu supaya jadik freshhhhh.....
Biasalah bila pagi, bersemangat. Masuk aje jam 10 pagi, dah start mengantuk, dah mula lemah longlai.Lepas waktu makan tengahari, macam nak tidur saja bila dah kekenyangan!Tak dapat buat satu apa kerja. Malas jadinya. macamana nak mengatasi masalah ni............asik asik masaalah sama....ngantuk ..malas Rasa2 nye kena refresh diri , macam kita refresh komputer. Biar kita juga rasa segar dari yang sebelumnya.Aku terbaca pulak petua Dr Fadzilah Kamsah…untuk nak merefresh diri, ambik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan 7 saat, kemudian lepas perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat. Ulang sebanyak 3-5 kali.Kita akan rasa pening-pening sedikit selepas tu. Kesannya, rasa lebih segar. Mengantuk, boring, malas dan jemu, semua hilang…betul ke….kenalah cuba..teknik pernafasan Beliau kata kita akan jadi, tenang, relaks sejurus selepas itu. Jika kita berada dalam situasi sibuk, teknik ini akan membuat kita tenang .

Ataupun, kita boleh bayangkan seperti mengklik butang ‘refresh’ di skrin komputer depan mata kita, serta merta kita bertenaga semula. Kita membayangkan ada cas elektrik kaler biru muncul di atas kepala, menjalar ke seluruh badan hingga ke hujung kaki lalu hilang. Ia membuatkan kita rasa ‘fresh…haa ni dipanggil pulak teknik imiginasi.

Aku pun baru nak cuba cuba merefresh...refresh.....freshhhhhhhh