12 Februari 2017

Kenangan

20 November 2012

AWAL MUHARAM @ MAAL HIJRAH

Screen Shot 2012 11 15 at 3.21.59 PM Selangkah Melangkah Hijrah

Syukur kehadrat ALLAH SWT yang masih meminjamkan usia dan kesihatan sehingga diberi peluang untuk menjejaki kaki ke tahun 1434H. Bukan semua terpilih untuk meraikan tahun baru 1434H. Alhamdulillah.............
Melangkah ke tahun baru Hijrah maka berbagai azam baru dipasang dalam hati tetapi seperti biasa bila sampai hujung tahun azam tinggal azam, kehidupan masih sama ditakuk lama. Untuk itu sempena tahun baru 1434H aku berazam buat perubahan. Tak perlu azam banyak-banyak yang akhirnya tak terlaksana pun. Berazam buat satu perubahan yang simple tapi mampu dilakukan dengan istiqamah.
Untuk berjaya dalam hidup sebenarnya bukan bergantung seratus peratus pada usaha keras. Kerja siang malam ..  tapi cukup bulan masalah masih sama. Orang alim kata kalau kita nak berjaya dalam hidup kita mesti jaga amal yang akan menjadi pemberat kepada kejayaan usaha kita.
Untuk tahun baru 1434H  azam untuk buat satu amalan baru yang simple tetapi istiqamah manakan tahu boleh menjadi asbab kejayaan dalam hidup … kejayaan  untuk menyelesaikan masalah yang selama ini tak selesai-selesai …kejayaan untuk mendidik anak yang susah sangat nak lakukan dengan cakap … kejayaan kita melembutkan hati isteri/suami … kejayaan kita meluaskan rezeki … dan sebagainya.
Senarai azm amalan yang di rangkakan moga berjaya
  • Baca Yassin selepas Solat Suboh.
  • Baca Doa Al Ma’thurat selepas Solat Suboh dan Solat Asar.
  • Solat Sunat Dhuha.
  • Solat Sunat Taubat.
  • Baca Al Quran sekurang-kurangnya satu muka surat.
  • Isthifar 100 x
  • Solat Tahajjud
  • Solat Witir
Azam mula dengan satu amalan yang mudah dahulu sehingga istiqamah baru mulakan yang lain. Nampak mudah tapi bukan semudah itu untuk diamalkan secara istiqamah. InsyaAllah kalau mampu dilaksanakan satu demi satu pasti akan ada perubahan dalam kehidupan.

Selangkah melangkah dekat kepada ALLAH SWT pasti semakin dekat ALLAH SWT kepada kita. Selangkah kita melangkah jauh kepada ALLAH SWT pasti semakin jauhlah ALLAH SWT kepada kita. Insyaa Allah.

30 Oktober 2012

Detik-Detik Terakhir Rasullullah

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cintakasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabatkala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialahyang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kataRasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku". BadanRasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya kebibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii
“Umatku, umatku, umatku” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
jendelanabawi Detik detik terakhir Rasullullah SAW menghadapi sakaratulmaut
@ Setiapkali aku membaca kisah ini pasti sangat tersentuh hati dan rasa kerinduan yang amat sangat. Kubah hijau Masjid Nabawi pengubat rindu.

15 Jun 2012

ISTIKHARAH CNTA






Roh istikharah (merujuk kepada Allah) itu bukan hanya diawal perkahwinan, tetapi di pertengahan, di sepanjangnya, sehinggalah sampai ke hujungnya… syurga. Inilah istikharah cinta!!!!!!!!


ISTIKHARAH CNTA

Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan indahnya permulaan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan persengketaan…
sepanjang perkahwinan
Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh retaknya ukhwah
Sejauh mana kasih cinta kita berdua
Dibatasi oleh cinta kita pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah percintaan

Isteriku…

Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!
Isteriku…
Istikharah cinta kita…
Inilah tagihannya
Istikharah cinta kita…
Mujahadah itulah maharnya!

Nukilan : Genta Rasa buat tatapan .....
Jangan jadi lalat yang mencari dan hinggap hanya pada tempat-tempat yang kotor dan busuk walaupun masih banyak tempat yang bersih dan wangi. Tetapi jadilah lebah yang mencari dan hinggap di tempat yang cantik dan harum. Jadi pandanglah hidup dengan penuh rahmat, nikmat dan indah sejak awal pagi lagi… 
Insya-Allah, apa yang kita lihat, itulah yang akan kita dapat!

21 April 2012

Kenangan Mengusik

Kenangan mengusik  jiwa.....
Kenangan..dan terkenang Lumrah..dah berumur nie..terasa masa berlalu begitu pantas dan tak mungkin berpatah balik mahupun mengapai semula masa2 yang berlalu..pahit manis hanya tinggal kenangan sajaaaa..Nostalgia..

Ex student..HSBP

Hmmm...Alhamdullilah Haji2009

Okay lah...kita sambung next entry...teringat blog nie yang berkubur selama 3 tahun..seronok pulak baca bahan-bahan lama...tergelak sendiri....Moga di Berkati...

                                                   Ameeennn.

23 Julai 2009

Satu Hari....

Selamat Berpuasa

Pagi yang dingin 6.30.......masa nilah aku bergerak pegi kerja..bangun lak kena Subuh kol 5 lebih pagi masuk kerja 7 pagi....pemandangan satu pagi yang entah tiba-tiba sejuk dan berangin.....Jarang -jarang dapat tengok suasana yang macam nie....terutama kat Arab ni yang mengalami musim panas sekarang   
     ni..ntah tiba2 tergerak lak nak jenguk blog yang sudah setahun berkubur....
        Akhirkata....bersama-samalah kita mengharungi ibadat Puasa dengan amalan yang diterima Allah     
                                           Allah...InsyaAllah......AMIN.

18 Julai 2009

Masa Berehat

Tenaga kerja LLDPE ..mana aku !!!!
Plant dah test run tapi kejap je.tunggu tempat lain supply raw....kerja shift (pagi,petang,malam...) Jaga budak Arab..macam-macam hal..layan jer. Family pulang bercuti..Aku terpaksa tunggu giliran bercuti... Tapi nak kata rehat tak rehat gak..ada aje kerja yang kena buat.. Pulang kerja rasa sunyi pulak..riuh rendah family...anak2 dah tak de....boring sunyiiiii tapi
layan jerlah..
Diam tak diam dah nak setahun kat sini...banyak suka duka merantau kat bumi orang banyak hal yang terpaksa di tempuh..apa yang perlu tetapkan semangat...kuat kan hati...dugaan ada di mana-mana cuma cara kita hadapi semua tuuu...
Laa dah time makan ...mana nak makan nieeeeeee!!