20 November 2012

AWAL MUHARAM @ MAAL HIJRAH

Screen Shot 2012 11 15 at 3.21.59 PM Selangkah Melangkah Hijrah

Syukur kehadrat ALLAH SWT yang masih meminjamkan usia dan kesihatan sehingga diberi peluang untuk menjejaki kaki ke tahun 1434H. Bukan semua terpilih untuk meraikan tahun baru 1434H. Alhamdulillah.............
Melangkah ke tahun baru Hijrah maka berbagai azam baru dipasang dalam hati tetapi seperti biasa bila sampai hujung tahun azam tinggal azam, kehidupan masih sama ditakuk lama. Untuk itu sempena tahun baru 1434H aku berazam buat perubahan. Tak perlu azam banyak-banyak yang akhirnya tak terlaksana pun. Berazam buat satu perubahan yang simple tapi mampu dilakukan dengan istiqamah.
Untuk berjaya dalam hidup sebenarnya bukan bergantung seratus peratus pada usaha keras. Kerja siang malam ..  tapi cukup bulan masalah masih sama. Orang alim kata kalau kita nak berjaya dalam hidup kita mesti jaga amal yang akan menjadi pemberat kepada kejayaan usaha kita.
Untuk tahun baru 1434H  azam untuk buat satu amalan baru yang simple tetapi istiqamah manakan tahu boleh menjadi asbab kejayaan dalam hidup … kejayaan  untuk menyelesaikan masalah yang selama ini tak selesai-selesai …kejayaan untuk mendidik anak yang susah sangat nak lakukan dengan cakap … kejayaan kita melembutkan hati isteri/suami … kejayaan kita meluaskan rezeki … dan sebagainya.
Senarai azm amalan yang di rangkakan moga berjaya
  • Baca Yassin selepas Solat Suboh.
  • Baca Doa Al Ma’thurat selepas Solat Suboh dan Solat Asar.
  • Solat Sunat Dhuha.
  • Solat Sunat Taubat.
  • Baca Al Quran sekurang-kurangnya satu muka surat.
  • Isthifar 100 x
  • Solat Tahajjud
  • Solat Witir
Azam mula dengan satu amalan yang mudah dahulu sehingga istiqamah baru mulakan yang lain. Nampak mudah tapi bukan semudah itu untuk diamalkan secara istiqamah. InsyaAllah kalau mampu dilaksanakan satu demi satu pasti akan ada perubahan dalam kehidupan.

Selangkah melangkah dekat kepada ALLAH SWT pasti semakin dekat ALLAH SWT kepada kita. Selangkah kita melangkah jauh kepada ALLAH SWT pasti semakin jauhlah ALLAH SWT kepada kita. Insyaa Allah.

Tiada ulasan: