07 Jun 2008

Berdikari...Berubah

Berdikari iaitu berdiri di atas kaki sendiri. Sememangnya kita sekarang berdiri di atas kaki sendiri, tapi makna yang terungkai di sini ialah kita mestilah berusaha dengan kekuatan dan kebijaksanaan diri kita dalam membina kehidupan tanpa bergantung harap kepada orang lain. Itu konsep dan objektif utama berdikari…………………tapi makna yang terungkai di sini ialah kita mestilah berusaha dengan kekuatan dan kebijaksanaan diri kita dalam membina kehidupan tanpa bergantung harap kepada orang lain. Ibu….ibuku sendiri yang menjadikan aku berfikir perkataan ni………

Hidup ini sememangnya mencabar. Tapi, bagi setiap cabaran, mesti ada cara nak memenanginya. Bila dalam fikiran sudah terserap life is hard (hidup ini sukar) maka semua yang lakukan akan jadi sukar. Kesannya, jadi tertekan, kurang bermotivasi serta lebih cenderung menyalahkan takdir......Untuk menjadi seorang pemenang berdepan dengan cabaran hidup, perlu ada 'power'. Power ni datang dari beberapa sumber, antaranya ilmu pengetahuan, semangat yang tinggi dan inspirasi yang tak pernah putus. Lebih banyak sumber ni dikumpul, maka semakin power, semakin energetiklah jadinya….. Lihat lah video niee..
Live Smart, Live Strong!

06 Jun 2008

Selamat Hari Hari

Selamat Hari Bapa
kepada
yang dah bergelar bapa
di seluruh Nusantara ini.

04 Jun 2008

TerIngat

Musim cuti sekolah..musim kawin laa jugak....sebut pasal kawin niee terkenang gak sahabat sorang nie...nama tak payah sebut..rahsia (yang tahu diam2 sudah la)....Rombongan antar dia bernikah (lupa lak tahun bila) .Kekadang tergelak jugak sorang2..tapi nie lah yang meriah dan tak boleh lupaaa... siap jadik saksi nikah lagi.. Agak-agak yang mana satu pengantin.....mestilah yang pakai kain sampin songket tapi yang mana satu....... Gambar atas ...sebelum nikah Haaa yang nie gambar lepas nikah..................sori lah pada pengantin tuu ..jangan marah nanti cepat tua.....tapi memang dah tua pun. Alhamdulillah dah ada 2 zuriatpun.tahniaah....terbukti jugak yee.

16 Mei 2008

Renung sejenak

Tertanye-tanye........
Aku tertanya-tanya mengenai kenyataan bekas perdana menteri Israel ketika ditanya bagaimanakah Umat Islam boleh mengalahkan Israel? Jawapannya : "Islam itu akan mengalahkan bangsa Israel bilamana bilangan jemaah masjid pada waktu subuh seperti bilangan orang Islam di dalam disko pada waktu yang sama." Simple tapi penuh simbolik dan makna balaghiah yang tinggi. Malu tak? Mana ada malu.......pasal kita tak kena hanya melihat dan mendengar je...
Mencubaaa......... Lagi satu pasal Malas pagi2 bangun ke masjid. Baik solat di rumah jer.. Itupun kalau tak line7 @ subuh gajah @ tak payah solatlah...(nie untuk aku lah takde kena mengena ngan orang lain).Tapi nabi mengisyaratkan bahawa solat subuh berjemaah itu lebih baik dari dunia dan isinya..(mafhum hadis). Cubaan untuk solat subuh berjemaah niee aku pun berusaha jugak niii. Memang hari pertama teramatlah malasnya.. Tapi terus mencuba.. dan mencuba.. akhirnya selamat mencuba!!!!
Hiasan gambar terbaru Mekkah under construction..

11 Mei 2008

Malas !!!!!!

Moral kerja dah turun cikit niee..asik berangan jer..tapi artikel nie elok jugak untuk renungan bila sindrom malas datang......
Menangani Rasa Malas ...................
Malas muncul dalam pelbagai bentuk, sama ada malas bekerja, malas belajar dan malas memasak, malas memandu, malas berjalan dan malas memajukan diri. Kita menjadi malas kerana kita tak berusaha merajinkan diri.Untuk menangani malas, kita perlu apa yang perlu dilakukan. Untuk tahu apa yang perlu dilakukan, tanya diri dengan soalan-soalan ini.....
apa lagi yang belum selesai? kerja mana lagi yang belum sempurna? apa lagi perancangan yang belum dilaksanakan? ...........
Bagi orang-orang yang berjaya, rasa malas adalah 'MUSUH' utama mereka. Bila malas sudah menjadi musuh, mereka takkan membiarkan musuh tu mengalahkan mereka, mental dan fizikal. Bila sudah malas di minda, kita akan terdorong untuk malas semalas-malasnya.Donald Trump walaupun jadi billionaire, masih rajin turun ke pejabat di Trump Tower, New York dan bekerja bersama staffnya seperti biasa. Tony Fernandes, walaupun bergelar CEO Air Asia dan dihormati ramai sebagai seorang VIP, masih rajin memandu kereta sendiri ke pejabat walaupun mampu mengupah seorang pemandu khas. Irfan Khairi walaupun bergelar jutawan Internet, masih memandu kereta kancil dan rajin bekerja walaupun dengan menjadi jutawan membolehkan dia hidup selesa di dalam sebuah rumah banglo 3 tingkat!Sebelum tidur, kaji semula tabiat Anda hari ini........
Orang-orang yang berjaya, pekerja cemerlang dan pelajar pintar sentiasa mengkaji sifat mereka dengan memuhasabah diri setiap hari, kerana mereka tahu untuk berjaya, kena jadi orang yang benar-benar kenal dirinya sendiri.Usah biarkan rasa malas menguasai Anda. Ikut kata Lance Armstrong, "this is my body and I can do whatever i want to it. I can push it, tweak it and listen to it". Push yourself! Lawan rasa malas...Tengah mencubalah niee..

08 Mei 2008

Se-Petang Minum-Minum

Kat "Mee Rebus Haji Wahid Restoren" ngan Ahadin sebelum beliau terbang ke KSA.......
Dah selamatpun sampai sana..pejam celik dah ilang dah......yang tinggal tu entah bila laa pulak .....jadik ker..pegi !!!!!. soalan tulah yg kena tanye kat tempat keja..tapi sampai skrg masih lagi takde jawapan yang tepat.......hanya Allah S.W.T. aje yang Maha mengetahui....merancang tu bolehlah... tapi keputusan akhir terletak ditangan yang Esa....

06 Mei 2008

Tambah gambor

Dapat pulak gambor shift lain...taruk saja laa...bukan ape buat kenang2 an jer.....

02 Mei 2008

Saje jeer

Simpanan gambor lama 2005..letak dalam niee ok gak...nie masa dalam shift A. Ada yang dah berenti.. dah tukar shift .. ada yang dah kawin..lum kawin..dan lum kawin lagi satu...tapi proud masing2 ngan piala tu 'Safety Excellent Award' lebih2 lagi taukey yang tumpang tuii tuuuu....sori laa lain shift tak de dalam simpanan pulak...
Nampak macam muda gak masa tu....sekarang nie paham2 laa