07 Jun 2008

Berdikari...Berubah

Berdikari iaitu berdiri di atas kaki sendiri. Sememangnya kita sekarang berdiri di atas kaki sendiri, tapi makna yang terungkai di sini ialah kita mestilah berusaha dengan kekuatan dan kebijaksanaan diri kita dalam membina kehidupan tanpa bergantung harap kepada orang lain. Itu konsep dan objektif utama berdikari…………………tapi makna yang terungkai di sini ialah kita mestilah berusaha dengan kekuatan dan kebijaksanaan diri kita dalam membina kehidupan tanpa bergantung harap kepada orang lain. Ibu….ibuku sendiri yang menjadikan aku berfikir perkataan ni………

Hidup ini sememangnya mencabar. Tapi, bagi setiap cabaran, mesti ada cara nak memenanginya. Bila dalam fikiran sudah terserap life is hard (hidup ini sukar) maka semua yang lakukan akan jadi sukar. Kesannya, jadi tertekan, kurang bermotivasi serta lebih cenderung menyalahkan takdir......Untuk menjadi seorang pemenang berdepan dengan cabaran hidup, perlu ada 'power'. Power ni datang dari beberapa sumber, antaranya ilmu pengetahuan, semangat yang tinggi dan inspirasi yang tak pernah putus. Lebih banyak sumber ni dikumpul, maka semakin power, semakin energetiklah jadinya….. Lihat lah video niee..
Live Smart, Live Strong!

1 ulasan:

LYNN berkata...

Agi idup agi ngalaban..bah