Perpisahan itu kan lumrahnya hidup. Hidup tanpa perpisahan ibarat hidup tanpa pertemuan. Pertemuan itu menjadi indah apabila lamanya masa mengikatnya.Hati ini sungguh remuk dan berkecamuk mengenangkan sebuah perpisahan yang kini datang bersilih ganti.... Perpisahan dalil kuasa yang Maha Esa dalam menciptakan dunia ini segalanya sementara. Perpisahan jua adalah simbol kepada dunia ini tidak kekal.
Namun, menyelami erti kenangan walau yang sementara, membuatkan otak khayalan aku berkhayal mengenai segala kenangan indah yang pernah dilalui.... Kenangan itulah rupanya sebuah pengikat yang menyeksakan.........
Mengingat masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita, kemudian bersedih dengan segala kegagalan yang ada di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, harapan dan menghalangi masa depan manusia lain dengan sesuatu yang belum tentu terjadi..
Bagi orang yang berfikir, peristiwa yang lalu tidak akan difikir kembali, kerana peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir. Maka dengan demikian, tidak akan ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan, semuanya tidak akan dapat diulangi atau dihidupkan kembali, kerana ianya sudah tiada.
Janganlah kita hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Selamatkan diri dari bayangan itu. Apakah kita menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang? Sesungguhnya semua itu hanya akan mengalirkan kembali air mata kita…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan