15 September 2008

Imam yang Ngetop

Cuba nak berkongsi dengan anda mengenai profil Imam masjidil Haram iaitu Imam Maaher alMuaqily.Nama sebenar beliau ialah Syeikh Maaher bin Hamad bin Muzaiqil alMuzaiqily alBalawi.
Dilahirkan dan dibesarkan di Yanbu' (tempat aku kerja sekarang nie) di mana terdapatnya suku kaum terbesar alMuzaiqilah. Mendapat pendidikan awal di sana di dalam tahfiz alQuran dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan di Madinah. Grad dengan kelulusan di dalam bidang Matematik. Kemudian beliau berpindah ke Makkah untuk mengajar di sebuah sekolah bernama Balat Syuhada. Tidak berapa lama kemudian, beliau telah dinaikkan pangkat untuk menjadi PKHEM di Sekolah Menengah Amir Abdul Majed di Makkah.Telah berkahwin dengan isterinya dan mempunyai 4 orang anak. 2 lelaki dan 2 perempuan. Kesemua anaknya diberikan pendidikan tahfiz alQuran. Bertugas di masjid Jame' Abdul Rahman asSa3di di Awali, Makkah. Beliau juga pernah menjadi imam terawih di Masjid Nabawi pada 2 tahun lepas dan kini menjadi imam rasmi terawih untuk masjidilHaram.
Untuk bacaan audio beliau bolehlah picit disini http://www.youtube.com/watch?v=ArNkVud22Po&feature=related . Best kan beliau baca.!!!!
Sumber2 yang boleh dipercayai gaji beliau mengalahkan bapak bapak menteri di Saudi nie lebih kurang SR 1xx,000 .........perghhhhh dan beliau boleh mengeluarkan fatwa dan kalau tengok masa jadik imam bodyguard keliling pinggang nak ulur salam pun berasak2 ......setakat tu je lah yang aku tahu...Wallahuallam...

Tiada ulasan: